Sunday, January 8, 2012

Back To The Kitchen!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

*ehem ehem*


okay, last entri blog ni adalah before raya hari tu kan? ni baru nak update semula. *dang

anyway, Selamat Tahun Baru 2012! Rasanya tak terlambat nak wish new year kan? Baru seminggu berlalu.

haa! dihari baik, bulan baik, tahun baik ni, mesti ada yang dah setting azam baru. hemmm. yang takde dan nak teruskan yang last year pun apa salahnya kan? daripada setiap tahun buat azam baru tapi takde yang langsai pun.

Untuk tahun ni, saya pun ada azam baru! iaitu update blog ni seberapa kerap yang mungkin. Mungkin juga entri-entri yang akan datang ni akan membantu mereka-mereka yang berazam untuk belajar memasak tahun ni.

Tapi sebelum tu, saya nak highlight semula laa yang blog saya ni mostly akan share resepi-resepi yang simple-simple dan mudah untuk dipraktikkan. Sesuai laa untuk student atau mereka yang masih bujang. macam saya. *tetiba

Untuk tahun ni, saya akan cuba untuk share dengan korang semua resepi dari pelbagai jenis makanan terutama dari Sabah dan juga makanan-makanan yang berasal dari tempat-tempat lain. Banyak dah makanan-makanan yang menarik saya dah jumpa. Just malas nak menaip time tu. Sorry laa.

Selain itu, saya juga akan berkongsi dengan korang semua lebih banyak tips dan rahsia-rahsia memasak untuk entri-entri tahun ni. so, boleh check it out soon okay!

Kalau nak advance sikit, boleh laa klik kat mana-mana link kat bahagian Inspiration tu untuk pelbagai jenis resepi yang lebih mantoooppp dan tip top laa.

see you guys soon!

assalammualaikum.

Sunday, August 7, 2011

Ramadhan Kareem- Bazar Madness!

Assalammualaikum dan salam Ramadhan.

"beberapa hari sebelum Ramadhan bermula, ade nampak beberapa banner atau papan iklan yang buat pengumuman tentang lokasi tapak bazar Ramadhan tahun ni. well, it's a good news untuk para peniaga tempatan yang kebiasaanya cari rezeki pada bulan Ramadhan ni. murh rezeki bulan2 mulia ni. tapi dalam kepala otak ni terfikir, aku nak pegi bazar ke tahun ni? apa yang best? macam semua sama je? hemm"

Itu situasi yang boleh saya gambarkan beberapa hari sebelum menjelang Ramadhan. Hari saya bukan nak berkongsi resepi (memandangkan baru ada dua untuk Ramadhan), tapi hari ni saya nak berbicara tentang bazar Ramadhan.

Siapa yang tak tahu apa tu bazar Ramadhan? pasti semua tahu. budak2 kecik pun tahu. inikan pula yang dah tua bangka. setiap kali menjelang Ramadhan, bazar antara lokasi yang menjadi tumpuan masyarakat bukan sahaja umat Islam tapi masyarakat lain juga untuk mendapatkan makanan (juadah berbuka bagi umat Islam). bazar juga membuka peluang untuk peniaga2 makanan untuk cari rezeki dibulan puasa ni.

sekali-sekala, masyarakat mesti nak merasa menu yang berlainan dan sesuatu yang menyelerakan untuk dilihat atas meja waktu berbuka nanti. instead of lauk yang dah sedia ada di rumah. mesti nak tambah kuih muih sikit. and then air yang pelbagai warna. merah,biru,kuning,pink. macam2laahh. juga, membantu mereka2 yang sibuk berkerja untuk mencari juadah berbuka. especially mereka yang bujang ni.

tapi, in different way, kita boleh tengok yang bazar ni mampu untuk membawa imej yang kurang baik dalam masyarakat. antaranya:

1.Pembaziran. ini maslah paling major skali when it comes to bazar. bila perut tengah kosong sejak 15 jam yang lalu, nafsu makan tu membuak2 la. lebih2 lagi bila dah nampak bazar tu macam syurga makanan. jadi,penyelesaiannya, tahan sikit nafsu tu dan ingat yang kita nak beli untuk berapa orang. kalau seorang tak payah laa nak beli sampai bergendong-gendong.

2.Kekejaman. sounds weird? but it's true. tapi bukanlah sampai tahap ada yang terbunuh. bulan Ramadhan ni kan bulan yang mulia. bulan yang menuntut kita supaya banyak bersabar. tapi ada sesetengah antara kita yang tahap kesabaran agak nipis. hal ini bila berebut-rebut nak beli makanan yang dingini sampai bertolak-tolak dan bermasam muka. rileksss laa!! puasa kan sebulan. bazar buka hari2. kalau nak sangat datang awal2. tunggu depan kedai tu.

3. Kesihatan. ini antara yang paling penting. kita sendiri tahu yang bazar ni jual macam2 jenis makanan. tapi kita kena pandai memilih makanan mana yang baik untuk kita. jangan main makan je. sepatutnya bulan puasa ni adalah langkah terbaik untuk kita menjaga kesihatan tubuh badan. ini tidak, bila berbuka je makan untuk satu hari punya. back-up balik lunch ngan minum petang. jadi,belilah ala kadar sahaja.


tapi dalam pada masa yang sama aku salute dengan anak2 muda yang buka gerai di bazar Ramadhan Bandar Segamat ni. kebanyakkan mereka bijak dalam bertindak dengan menjual menu2 yang berlainan berbanding dengan menu kebiasaan yang sering dijual di bazar ni. baru laa ada persaingan sihat. *tabiiikkk!!

jadi,saya harap anda semua renung2lah semula apa tujuan anda datang ke bazar ramadhan dan adakah anda terlibat dengan masalah2 tadi. =)

p/s: senang cerita, baik masak kat rumah je. dapat rasa air tangan sendir kan lagi sedap dan puas hati.

Thursday, August 4, 2011

Istimewa Ramadhan-Onde-onde Marble.


Assalammualikum dan salam ramadhan.

Di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, saya akan cuba untuk post seberapa banyak resepi yang menarik untuk dicuba sebagai juadah berbuka puasa. Baru2 ni saya dah try satu resepi pencuci mulut yang sesuai untuk dihidang atas tikar waktu berbuka nanti. Dan semestinya, resepi ini sangat mudah dan praktikal. Cuma memerlukan sedikit kerajinan laa. =)

Bahan-bahan:

6 cawan tepung pulut (2 cawan untuk satu mangkuk berasingan)
Air
Garam
1 sudu kecil pewarna makanan (merah,violet,hijau)
1 bongkah gula melaka (dipotong dadu)
1/2 biji kelapa (bhg putih sahaja)

Cara-cara:

1.untuk satu bahagian mangkuk, gaul tepung dengan sedikit garam. campurkan tepung dengan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga membentuk doh yang lembut dan tidak melekit.lakukan cara yang sama dalam mangkuk yang lain.

2.campurkan pewarna pada ketiga-tiga mangkuk dengan warna yang berlainan. uli semula sehingga warna tersebut sebati dan sekata.

3.didihkan air dalam periuk. bentuk sedikit doh sebesar bola pingpong atau kecil sedikit dan gelekkan sehingga berbentuk bebola. tekan sedikit di tengah2 bebola itu dan masukkan gula melaka. balut dengan doh tersebut dan gelekkan semula sehingga menjadi bebola kembali. kemudian, masukkan bebola tersebut kedalam air yang sedang mendidih.

4.sekiranya bebola tersebut mula terapung-apung di dalam periuk tersebut,itu bermakna onde2 sudah masak! angkat dan tapis.kemudian,masukkan ke dalam mangkuk berisi kelapa parut dan ratakan kelapa ke seluruh onde2. hidangkan dalam pinggan.siap! nak bagi jiran pun apa salahnya.

Tips:

1.air jangan terlalu sedikit nanti onde2 keras.jangan terlalu banyak pula nanti lembik dan melekit.
2.kelapa parut itu lagi sedap kalau di gaul bersama sedikit garam. baru ada extra kick!


p/s: sebenarnya onde-onde ni kegemaran arwah atuk Arshad bin P'ie. Al-Fatihah buat atuk.


Wednesday, August 3, 2011

Istimewa Ramadhan-Schnitzel Ayam

Assalammualaikum dan salam Ramadhan!

Di bulan puasa ni,mesti kita terfikir2 apa juadah untuk berbuka kan? seperti yang dijanjikan ini adalah resepi pertama yang boleh dicuba untuk juadah berbuka puasa. sangat mudah dan boleh dicuba oleh sesiapa sahaja. student yang tinggal di asrama pun boleh cuba. percayalah. sedaaaapppp!!!


Bahan-bahan:

1 bhg dada ayam
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
2 sudu besar susu
2 cawan serbuk roti
Daun parsley (hiris)
Daun rosemary (hiris)
garam
lada sulah
serbuk bawang putih

cara-cara:

1.potong dada ayam tersebut kepada 3 keping atau mengikut saiz yang diigini. jangan terlalu besar kerana akan menyebabkan ayam tersebut lambat untuk masak. dengan menggunakan pemukul,pukul daging ayam itu dengan sekata agar ayam tersebut masak dengan segera dan sekata.

2.sediakan 3 buah mangkuk. mangkuk pertama,masukkan tepung gandum dengan sedikit garam,lada sulah dan serbuk bawang putih sebagai perisa. mangkuk kedua, masukkan telur dan susu,kemudian pukul hingga sebati. mangkuk ketiga,campurkan serbuk roti, daun parsley dan daun rosemary kemudian gaul sebati.

3.panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak dan tunggu hingga panas. masukkan ayam yang dah sedia kedalam mangkuk pertama dan ratakan tepung keseluruh daging. tepuk perlahan-lahan daging bersalut tepung itu untuk membuang lebihan tepung. kemudian,rendam ke dalam telur dan seterusnya ke dalam mangkuk terakhir yang berisi campuran serbuk roti tersebut. balut ayam tersebut dengan serbuk roti sehingga rata. kemudian,goreng dalam kuali.

tips:

1.gunakan minyak zaitun untuk rasa yang lebih sedap
2.ketika memasukkan ayam ke dalam kuali untuk menggoreng,masukkan dengan perlahan-lahan.
3.untuk perisa (garam,lada sulah dan serbuk bawang putih) boleh diletak mengikut citarasa masing2.
4.boleh dimakan bersama mayonis atau sos cili sebagai pencicah.

selamat mencuba!

Selamat Berpuasa!

Assalammualaikum!

Hari ni dah masuh hari ke-3 bulan Ramadhan. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Walaupun dah 3 hari berpuasa,macam2 pengajaran ada dalam bulan Ramadhan ni. Biasanya,bulan puasa ni sangat sinonim dengan juadah berbuka puasa yang pelbagai. waktu2 beginilah segala jenis makanan tradisi mahupun makanan baru dijadikan juadah untuk berbuka puasa. Maklumlah,bila lapar ni semua jenis makanan terlintas kat kepala ni.

Bercakap tentang juadah berbuka puasa,antara tempat yang menjadi tumpuan adalah Bazar Ramadhan. Setiap tempat di Malaysia ni mesti ada bazar Ramadhan pada bulan puasa. Di bazar, pelbagai jenis makanan dijual. Dari makanan yang ringan2 macam kuih muih sehinggalah makanan yang berat2 macam nasi dan mee. Di sinilah kita dapat lihat orang ramai berpusu2 untuk mendapatkan makanan yang mereka inginkan.

Tapi, dalam pada kita berebut-rebut,bersesak-sesak dalam bazar tu,ada kalanya pasti tergerak nak masak sendirikan? tapi masalahnya tak tau nak masak apa. haaa,jangan risau.untuk post yang akan datang,saya akan post resipi2 yang sesuai untuk berbuka puasa serta resipi2 untuk bersahur juga.anyway, semoga kita semua diberkati oleh Allah Taala di bulan yang penuh barakah ini.amin.

Wednesday, July 27, 2011

Buah Syurga

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

hehehe...sejak dua menjak ni, asyik nak menulis je sesuatu yang baru. almaklumlah,dah bertemu buku dengan ruas. errr,maksudnya di sini, saya dah bertemu subjek yang betul2 sesuai dengan saya untuk ditulis di ruang blog ini. mungkin subjek ini agak berat atau tak sesuai dengan anak muda yang mencari sesuatu yang fun and practicle. yelah,untuk bacaan santai2. tak mengapa,saya akan cuba menulis sesuatu yang memenuhi ciri2 tersebut,yet,informative. okay!

Well, bulan Ramadhan akan tiba dalam 5-6 hari lagi. berpandu kepada keputusan yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Agama. Jadi, apa persiapan untuk berpuasa? sudah semestinya puasa kali ini diharapkan dapat memberi sesuatu yang bermakna untuk setiap daripada kita.

Saya bukanlah nak menulis tentang persiapan bulan Ramadhan, tapi saya nak menulis tentang sesuatu yang sangat sinonim dengan bulan Ramadhan atau musim berpuasa ini.

Buah Kurma atau nama saintifiknya phonex dactylifera, adalah buah yang sangat terkenal dalam kalangan umat Islam terutamanya pada bulan puasa. sedikit info tentang buah kurma ini, buah yang tergolong dalam kategori pohon palma dan kebanyakannya tumbuh di negara2 Timur Tengah atau Saudi Arabia. Tapi,sekarang ni,di Malaysia pun dah ada masyarakat yang mengusahakan penanaman pokok kurma ni. tapi saya sendiri tak pernah rasa kurma versi Malaysia ni. mungkin sebab ia terhad.

Buah syurga ini memang banyak khasiatnya. rasa manis yang terkandung dalam buah kurma ini bukan kemanisan gula yang boleh membawa penyakit tapi kemanisan yang boleh memberi tenaga kepada seseorang individu tertentu dengan hanya memakan 5-10 biji kurma.

Sebab itulah,buah kurma ini sangat sinonim dengan bulan puasa,sebab Rasulullah dulu hanya mengambil beberapa biji kurma untuk dijamu sewaktu berbuka dan juga sewaktu sahur. Kalau Rasulullah boleh,kita pasti boleh. jadi,untuk persiapan bulan puasa ini bolehlah beli kurma banyak2. Selain daripada digunakan untuk juadah bersahur dan berbuka,ia juga baik untuk kesihatan.

Sebagai contoh,untuk bersahur, makan 4 biji kurma bersama2 makanan sampingan seperti sandwich atau cornish. makanan2 seperti itu mengandungi kandungan nutrisi yang cukup untuk membekalkan tenaga kepada kita sepanjang hari sehingga berbuka. ditambah pula dengan kurma, lagilaahh. kemudian,minumlah segelas susu. confirm tahan sampai berbuka. siyes! tak percaya cubalah. saya sendiri dah cuba.

untuk berbuka pula, kita digalakkan untuk makan beberapa biji kurma sebagai permulaan berbuka. hal ini kerana, selain daripada membantu kita untuk kembali bertenaga, ia juga membantu kita untuk mengawal nafsu makan. yelaahh,baru balik dari bazar lah katakan. kenapa? sebab,kandungan nutrisi dalam kurma tersebut akan merangsang otak kita supaya menghadkan pemakanan dan akan merasa cepat kenyang. haaa!! kan senang. tak payah nak berdiet2 sampai nak mati time bulan puasa. orang lain makan sedap2,kita nak sekat2 pulak.

ok laa, rasanya itu sajalah info dan tips yang dapat diberi pasal kurma buat masa ni. tapi saya akan cuba untuk post resepi2 yang menggunakan kurma sebagai bahan2nya. mungkin boleh digunakan untuk juadah berbuka atau juadah hari raya nanti.sekian,

p/s: kalau rajin boleh gooooooogle lebih lanjut tentang buah kurma. taip saja 'buah kurma'.okay!

Monday, July 25, 2011

Pembaharuan.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Post kali ini adalah berlainan dengan post2 sebelum ini. kenapa? sebab secara zahirnya, keseluruhan page blog ini sudah saya tukar kepada yang lebih ceria berbanding sebelum ini. Memang benar saya sudah tidak mahu lagi menulis puisi yang secara totalnya bukan kemahiran saya dan hanya ikut-ikutan. Jadi,biarlah hanya yang mahir menulis puisi2 ni.

Jadi,saya nak menulis tentang apa?

Haaa! Mulai sekarang saya akan menulis berkenaan dengan makanan dan masakan. Eh? kenapa? orang lelaki tak boleh cerita pasal makanan. Kami pun manusia biasa juga yang perlukan makanan. Masakan? Kalau nak diikutkan, lebih ramai chef lelaki yang lebih terkenal berbanding chef wanita.(jangan marah ye kaum wanita). Tapi bukan perbezaan gender yang saya nak sentuh di sini. Apa yang saya ingin perkatakan ialah bidang masakan itu adalah bidang yang sangat meluas dan merangkumi seluruh pelusuk dunia. Bagi saya,makananlah yang menyatukan semua rakyat di dunia ini kerana makanan merupakan persamaan yang dimiliki oleh setiap manusia di dunia ini.

Baru2 ni, saya dah mula berminat nak menjinak2kan diri dalam bidang masakan ni. Bukan nak jadi chef, tapi nak jadikannya sebagai HOBI. Bermula dengan meminati rancangan masakan di televisyen, mengubah sudut pandang saya terhadap bidang masakan ni sebagai suatu bidang yang sangat unik untuk diterokai. Rancangan francais Masterchef dan DC Cupcakes, benar2 memberi inspirasi kepada saya untuk menerokai bidang masakan.

Sebenarnya,kebolehan memasak ni memang mengalir dalam darah saya. Keluarga saya memang pakar dalam memasak. Ayah saya sendiri memiliki sebuah kedai makan di Johor Bahru. Jadi,minat memasak ni memang sudah terbentuk sejak dari kecil lagi. Cuma bila dah besar ni baru berani nak terokai lebih dalam lagi.

Memilih pastry sebagai bidang utama ialah kerana ia lebih menarik dan mudah berbanding maskan lain. Percubaan pertama, CUPCAKES. itupun sebab mak yang teringin nak sangat makan cupcakes. Jadi saya cuba untuk memasak cupcakes. Alhamdulillah! menjadi. Disebabkan percubaan pertama saya itu menjadi, saya bertambah semangat untuk mencuba resepi2 lain. Alhamdulillah! semuanya menjadi.

selain cupcakes saya dah cuba cheesecakes,carrot cake,puding roti dan yang terbaru, kek resepi sendiri,kek durian.(sebab kat rumah dah berlonggok durian).

Disebabkan minat saya terhadap pastry ni, ayah dah beli sebuah oven dan hand-mixer untuk saya teruskan lagi memasak. ayah cakap nnti raya buat kuih banayak2. iyolah tu!

Jadi,mulai hari ni, saya akan cuba berkongsi dengan korang sume tentang pengalaman memasak saya ni. saya akan cuba untuk post seberapa banyak resepi yang saya ada. Tapi resepi yang saya dah cuba saja laa sebab kalau bagi yang belum cuba takut2 tak menjadi pulak. Selain itu,saya akan berkongsi fakta2 menarik tentang dunia masakan. just stay tuned okay!