Friday, September 24, 2010

Bukan Tamat Tapi Mula

Subuh tadi aku bangkit, ada lagi saki baki rasa sebak akibat rindu yang belum sudah dalam kalbu aku ni,duduk hujung-hujung hati dan ini tak pernah berhenti.

Kejap,aku fikir kejap..
(perah otak,mata pejam rapat-rapat)

Oh! aku tak boleh macam ni hari-hari,boleh jadi penyakit hati
aku perlu berhenti daripada begini,kalau begini hari-hari pun boleh rimas,
lemas,
berlengas.

As the time passes by, aku nampak seekor burung yang sedang membina mahligai indah abadi untuk dirinya, atau mungkin untuk anak-anaknya.
Entah tak tahu bagaimana,tiba aku terlintas di kotak fikiran aku yang berkotak-kotak ini-
"Alangkah bagus jika aku seperti dia,tak berakal,tak berminda,hanya hidup mengikut sunah yang Esa dan tunggu untuk mati"-

Aduh,apalah otak ku fikir begitu, sedangkan aku sama sekali ditegah walau terfikir sejenak begitu.
Aku rasa macam aku ni langsung tak bersyukur,langsung tak menghargai apa yang dah diberi.

Tapi bukan itu objektif aku bersangka begitu. Aku cuma mahu jadi seperti makhluk itu yang berusaha, mengerah kudrat yang kerdil itu tanpa ada rasa apa yang boleh menggugat prestasi usahanya. Yang akhirnya nanti dia puas kerna kerjanya siap dan dapat nikmati sehingga sisa hidupnya habis,mati.

Tidak seperti aku, yang kadang tergugat dan terganggu sedang aku cuba untuk melangkah ke anak tangga yang seterusnya dalam usaha aku ke tingkat paling atas. Banyak benar anasir yang mengganggu. Kadangnya angin kuat yang datang dengan debu, tolak aku kuat-kuat hingga sukar aku melangkah. Tapi ku gagahi sebab nak ke tingkat atas tu jauh lagi. Kalu ku pandang atas belum pasti nampak puncaknya.

Kemudian, sedang badai datang melanda, akal aku berputar ligat kembali.kali ini-
"Kenapa setiap apa yang aku mahu,usahanya bagai mengira bulu beruang bak kata P.Ramlee,tapi hasilnya aku dapat yang pada-pada sahaja"

Sekali lagi Iman aku yang memang sedia rapuh ini digoncang-goncang.
Aku rujuk masalah itu pada Bonda ku. Katanya-
"Tuhan mahu menguji. Syukurmu, sabarmu, tauhidmu, akidahmu, amalmu,ibadatmu dan ikhtiarmu. Bagai ujian peperiksaan yang semua aspeknya diambil kira dan perlu seimbang. Jangan ada lompong sana lompong sini. Terima saja apa yang disuratkan untuk mu kerna lebih baik ada dari tiada"

Jadi kini aku faham. Aku tak boleh kurang usaha walau sedikit. Aku perlu usaha kuat-kuat untuk dapat apa yang aku mahu. Kerna memang itu takdir ku. Jika tidak sebesar zarah pun jangan diharap untuk terima.

Aku tak boleh leka, tak boleh suka-suka senang lenang
kerna ada saja yang nak mengancam aku.
yang nyata mahupun ghaib.
semua perlu dipedulikan.
aku mahu biar orang lancang berkata apa.
sebab siapa peduli kalau aku asyik mengadu domba,si polan ini buat ku begini, si polan ini pula buat ku begitu.
Jadi aku memutuskan biar semua berlalu begitu.

Hah! aku dah bersemangat kembali.
Jangan kalian semua berani menghalang laluan Aku!
dan aku tak akan berpatah kembali.
this is not where I should end, this is where I should begin.
Kalau rasa terancam atau ingin mengancam.
Selidik diri kau dulu itu siapa mahu mengancam aku.
Aku punyai Tuhan yang maha tahu segala.
Belum sempat kamu mahu mengancam, kamu akan diancam dahulu.

Tapi walau semangat mana aku kini,
benak ku ini memutuskan untuk simpan rasa rindu itu, sebab ada manis di situ walau sebenarnya bagai hempedu di hujung lidah.
kerna rindu itu kalanya buat aku ingat asal ku. Cara itu lebih selamat fikirku.
Hari-hari aku doa pada Pencipta ku supaya diteguhkan hati dan imanku,agar dapat ku rempuhi hari-hari yang mendatang ini.

Kini, sebagai permulaan aku mahu ke gedung ilmu. Mulakan berjinak-jinak cari sendiri entiti suci itu yang sekian lama menuggu aku untuk terokainya dari 'muka ke muka'..
Selamat berjuang wahai diri.
Selamat hingga kehujungnya.

Monday, September 13, 2010

Ubahlah...

tadi hati memendam
di simpan dalam-dalam
mata dipejam
nak hilang apa yang kejam-kejam
buang semua duri yang tajam-tajam
tak tahan rasa hati ditikam-tikam

bukan niat hati ingin biadap
jauh sekali tidak beradab
tapi sabar diri jangan diluap
jangan api diberi suap

usah yang kecil dibiar besar
yang mudah dijadi sukar
habis kecoh sekampung
sibuk hebah sebuana
canai satu semesta

terus terang
aku tak suka

aku ulangi,
aku tak suka!
biar kamu faham...

meski kau yang ku hormati
kau yang ku sayangi
kau yang ku dakapi
hari-hari
sebelum ku pergi

tapi ini?
sampai ada hati terguris
menangis-nangis
sebak berbalam sadis
sukar lagi ditepis
amarah meluap sinis

huhh..

bila akan kesudah
sampai bila tak akan berubah
andai sendiri tak berubah

aku bosan jadi begini
hari-hari rasa jantung disekat
diikat erat-erat
sampai hati rasa kelat
mula rasa menyampah
sebab semua ini bagai sampah

tolonglah ubah
ubah pendirian mu
agar semuanya seperti dulu
bahagia bersama selalu...

Monday, September 6, 2010

Wrong Turn

Am I following my footsteps?
Whenever I heard the notes
My legs can't barely stop moving
Stamping ang jumping like crazy
It's not the same
Whenever I heard all those words
from the mouth of philosophers
My mind not understand of anything.

Damn!

I love the way the notes is flowing
The beat, the rhymes
Drive me to spin unstoppable

The suites, the shades
the skinny tie, the shoes,
Owh! I really want to move in those things.

The smells, the heat
the sweat, the energy
Fascinating and desiring..

The signor and signorita
crossing legs following the melody
holding hands, can't seperate
like song and rhyme can't be a part

I see myself in it
overwhelming my heart
like a coat in the middle of winter
like a bride in Vera Wang satin
I couldn't resist...

Oh God!
please show your Mercy
please turn on the light
so then I can see my footsteps..

credit to Nine and Cinema Italiano..

Friday, September 3, 2010

Cukuplah Hati!

Kupas isi hati dalam-dalam.Apa yang sang hati ini mahu. Tak cukupkah yang diberi?

Hati ini sering memberontak,
memanjang saja tak puas hati,
ada saja inginnya,
mahu dipenuhi sekerapnya,
tetapi sendiri tak jelas
apa yang dimahukan?

Masih tak tahu?
Apa pucuk pangkalnya?
Tak bersyukur dengan yang sedia?

jangan haloba wahai hati,
engkau bukan tuhan mahu itu ini,
kalau ikutkan kamu binasa sahabat mu ini (jasad),

Cukup2 lah,
cukuplah itu sahaja,
cukuplah apa yang ada,
cukuplah membentak-bentak.

kerana kau hanya hati
yang satu hari nanti akan mati..

Sentap

Sedikit lagi,
sabar...
sedikit lagi,
sabar...

lama ku pendam
sepatah tak terluah
rindu mendalam
bilakan kesudah..

rindu...
akan insan itu..
parasnya sayup
tenang dalam redup.

dalam benak masih segar..
saat dia lepaskan aku,
bagai tak sangka
jauh aku tinggalkannya..

berat jiwaku,
tapi..
manakan sama berat yang ditanggung
oleh insan itu..
siapa mahu jawab?

Tiada yang berani jawab,
sebab hanya aku yang tahu,
hanya aku yang dengar
derai tangisnya
bagai mengalir di pipi kasarku..

pesannya ku simpan,
ku dakap erat-erat,
ku tanam dalam hati,
buat bekalan sampai mati..

sentap...

kini aku bakal kembali,
menatap wajahnya yang lama menyepi,
yang ku cari-cari dalam mimpi,
ku simpan di hati sampai abadi,
buat teman jika ku menyendiri..

rindu ku kuat,
hati ini bagai terlalu gagah,
merentas China Selatan,
menyapa dahulu dia di sana,
sebelum sempat jasad ini ke sana..

tak tertahan lagi rindu ini,
dah tak peduli apa terjadi,
berbunga-bunga menanti pasti,
menunggu saat yang dinanti-nanti

Sedikit lagi,
tenang,
sedikit lagi,
tenang...

utusan rindu buat mak ayah dan adik2..