Wednesday, August 3, 2011

Istimewa Ramadhan-Schnitzel Ayam

Assalammualaikum dan salam Ramadhan!

Di bulan puasa ni,mesti kita terfikir2 apa juadah untuk berbuka kan? seperti yang dijanjikan ini adalah resepi pertama yang boleh dicuba untuk juadah berbuka puasa. sangat mudah dan boleh dicuba oleh sesiapa sahaja. student yang tinggal di asrama pun boleh cuba. percayalah. sedaaaapppp!!!


Bahan-bahan:

1 bhg dada ayam
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
2 sudu besar susu
2 cawan serbuk roti
Daun parsley (hiris)
Daun rosemary (hiris)
garam
lada sulah
serbuk bawang putih

cara-cara:

1.potong dada ayam tersebut kepada 3 keping atau mengikut saiz yang diigini. jangan terlalu besar kerana akan menyebabkan ayam tersebut lambat untuk masak. dengan menggunakan pemukul,pukul daging ayam itu dengan sekata agar ayam tersebut masak dengan segera dan sekata.

2.sediakan 3 buah mangkuk. mangkuk pertama,masukkan tepung gandum dengan sedikit garam,lada sulah dan serbuk bawang putih sebagai perisa. mangkuk kedua, masukkan telur dan susu,kemudian pukul hingga sebati. mangkuk ketiga,campurkan serbuk roti, daun parsley dan daun rosemary kemudian gaul sebati.

3.panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak dan tunggu hingga panas. masukkan ayam yang dah sedia kedalam mangkuk pertama dan ratakan tepung keseluruh daging. tepuk perlahan-lahan daging bersalut tepung itu untuk membuang lebihan tepung. kemudian,rendam ke dalam telur dan seterusnya ke dalam mangkuk terakhir yang berisi campuran serbuk roti tersebut. balut ayam tersebut dengan serbuk roti sehingga rata. kemudian,goreng dalam kuali.

tips:

1.gunakan minyak zaitun untuk rasa yang lebih sedap
2.ketika memasukkan ayam ke dalam kuali untuk menggoreng,masukkan dengan perlahan-lahan.
3.untuk perisa (garam,lada sulah dan serbuk bawang putih) boleh diletak mengikut citarasa masing2.
4.boleh dimakan bersama mayonis atau sos cili sebagai pencicah.

selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment