Sunday, October 31, 2010

4 yang Degil.

Aku ada kisah
tentang 4 yang degil
sering buat orang terfikir
garu kepala mata terkebil.

Ini kisah tiada kaitan antara yang hidup mahu yang sudah menghadap Ilahi.
Ini realiti. Tiada yang dusta mahupun cela.

Yang 4 ini masing-masingnya beza usia.
Dari yang tua turun ke muda
Sama saja
Tiada yang beza.

Bila sampai seru mahunya sesuatu
Tak kira tinggi mana langit tujuh,
Tak kira dalam mana bumi tujuh,
Mahunya itu harus dituruti.
Kalau tidak bergema petala hakiki.

Yang bonda susah hati
Yang ayahnda sakit hati.
Tidak-tidaknya,
Dituruti apa mahunya anak.

Jadi bila dapat habuannya
Bagai membeli tak mahu bayar.
Apa suruhnya bonda tak mahu buat,
Apa arahnya ayahnda ditangguh buat.
Tidak-tidaknya,
Disabar juga kerenah degilnya.

Bila umur makin belasan, tinggi lebih dari bonda, dada bidang dari ayahnda,
Lain pula pintanya.
Dunia metropolis materialistik ini apa lagi mahunya,
Terang-terang mahunya pitis.
Buat meraih yang saja2 yang remeh2.
Jiwa muda, darah panas, macam2 lah ragamnya.

Sampai masa kadangnya ada dibuat khilaf.
Angkara degil, tak mahu akui.
Sanggup selindung cela berdarah.
Dalam hati menanggung pedih.
Maklumlah, degil campurnya ego, hah! tahanlah sendiri.
Bila terbongkar tanggung sendiri.

Degil2nya yang 4 ini,
Satu boleh diambil sunting,
Buat baja tanaman hati.

Akibat degil,
Mereka ini jadinya bersungguh sampai dewasa. Nafsu mengingin buat usaha didarab gigih. Malulah kalau anak lelaki tak boleh buat sendiri. Takkan mahu bonda gosokkan baju, siapkan makan, dodoikan tidur. Mahu ayahnda hantarkan sana sini, buat itu ini, beri duit lagi. Tak cukupkah masa kecil diberi. Oleh itu, mereke ini jadi bermotivasi. Keinginan sendiri harus diraih sendiri. Langsungnya, mereka berdiri di atas kaki sendiri. Berniat tak mahu susahkan mereka lagi. Sebab kini mereka pula mahu memberi.

Manakan tidak,
Sebab ada yang dah terbukti.
Yang degil paling tua dah miliki kurnia.
Sedegil yang tua,
mampu jadi segagah ayah,
selembut bonda.

Jadi,degil2 yang muda lihatnya bagai idola.
Kalau yang degil tua boleh begitu, masakan yang degil lainnya tak mampu.
Masing2 degil mahu jadi begitu juga.
Dan yang ini bagus bukan?

Jangan disangka yang degil itu tiada faedahnya.
Kadangnya ada yang putih walau yang hitamnya lebih menggelapkan.
Tapi yang putih itulah bila kelihatan jelas kesuciannya.

Akhir ceriteranya,
Siapa yang 4 degil ini?
Biarlah rahsia.
Memang aku tak mahu beritahu.
Sebab aku memang degil.

Sunday, October 24, 2010

Salam Jihad.

Baiklah,
Kini dah tiba masanya untuk aku kembali ke tabiat lama
bila mana aku mula nak bertarung di hujung-hujung tahun begini.

Tapi tak terbiasakan lagi dengan cara baru ini.
Cara di universiti yang pastinya beda teramat sangat dengan di sekolah dulu-dulu.
Pasti tak sama.
Yang pasti aku boleh adaptasinya berdikit-dikit.

Satunya,
Aku mestinya akan terperap di bilik,duduk hadap meja dengan kitab mazhab2 pemikir yang tebalnya lagi tebal dari laptop aku nih.

Duanya,
Mula memencil diri,sukar ketemu rakan,dalam seminggu mungkin 2-3 kalinya.
Tapi yang ini harus ku ubah,sebab di sini kerjasama itu penting. Tak boleh diri saja penting.

Tiganya,
Makan pun hampir lupa,bukan lupa tapi berat punggung ni nak bangun cari sekepal nasi.
Yang ini pula mungkin jadi. Dengan ekonomi kendiri yang kurang stabil lewat ini, aku kena beragak-agak sikit.

Empatnya,
Menggelabah bila esoknya ada paper. Gemuruh bagai tak pernah ditelaah bab tu. Bukan apa,aku ini mudah lupa benda yang diingat berkali-kali. Macam dokumen2 yang berjuta disimpan dalam laci, bila mahu, menggelabah cari.

Limanya,
Penyakit gila macam cakap sorang2, berguling atas katil sambil pegang nota, head-banging walaupun lagu 'My All'-Mariah Carey, dan pening2 lalat. Itu dah jadi kebiasaan aku setiap kali musim begini tiba. Maaflah, memang tiada antidotnya.

Enamnya,
Pasti hari2 telefon emak atau ayah.
Minta restu dari mereka. Kadang2 mereka telefon dyorang pun boleh release-tension.

Tujuhnya,
Mula menghitung hari bila nak habis semua ni sebab dah belengas sangat. Lebih-lebih lagi kalau lepas exam terus boleh balik.

Lapannya,
Kitab2 mazhab tu akan mula kelihatan di mana-mana sahaja. Tapi biasanya kalau dah selesai aku akan terus simpan dalam kotak. Kalau tak nanti bertambah serabut otak yang memang dah serabut-mabut nih.

Sembilannya,
Akan berlaku kebosanan yang teramat jelas di muka aku dan kemungkinan 247 lagu dalam mp3 pun boleh dihafal.

Sepuluhnya,
Belum sempat paper last, dah bungkus2 barang yang nak bawak balik.

Hemm,
Tengok lah. Aku ni macam clumsy kan. Peduli apa orang nak kata apa. Yang penting aku tak kacau hidup dyorang pun. Yang menjadi tumpuan utama entri ini sebenarnya ialah nak sampaikan salam jihad buat sahabat seperjuangan yang mungkin akan turut serta dalam mengalami simptom2 di atas bila dah sampai waktu2 begini. Tapi aku yakin kalian semua boleh buat yang terbaik sebab aku kenal kalian bukan sehari dua.
Selamat berjuang sahabat2 ku.
Moga dilindungi dan dirahmati.

Friday, October 22, 2010

Emosi yang Jengkel.

Alkisah,
Ada seorang manusia ni
Yang nampak dirinya benar
Yang sedar pihaknya benar belaka
Yang sangka ideologinya sahih
Sebab bagi dia,
Orang lain salah
Sesat
Sampah.

Tapi malangnya
Hakikat menentukan yang dia ini masih lemah
Pengetahuan dan rohaninya.
Dia aksi persis ilmuan yang bertindan ilmunya.
Dia lagak bagai kiai yang dingin jiwanya

Sejujurnya dia emosi.
Hatinya mudah dirasuk pemikiran-pemikiran songsang.
Senang melenting bila diusik.
Syarahannya berseloroh tanpa halatuju.
Bentak,protes,kontradiksi,kritis
Semua ruji hariannya.

Padahal masih mengaji.
Belum tahu langit tinggi rendah.
Tak nampak perit jerih orang lain.
Memberi terbaik untuknya.
Cuba pertahan hak miliknya.

Dia belum tahu selok belok dunia politik.
Yang memerlukan ketahanan fikiran yang teguh.
Bukan boleh dibuat gurau mainan.
Pemikir ligat memerah ilham.
Dia pula ligat putar belit dakyah.

Bak kata nenda aku,
"kalau kail panjang sejengkal,lautan luas usah diduga"
Bak kata aku
"kalau ilmu tak sampai sejengkal,ikhtiar orang jangan diduga"

Memang benar kata kau
kadangnya politik ini banyak bingungnya.
Ada yang disimpan jadi rahsia.
Kerna itu pasti ada agendanya tersendiri.
Kau tak berhak tahu.
Seperti kau,
Tak semua kisah hidup kau orang lain tahu.
Sebab kau mesti ada alasan tersendiri.
Orang lain tak boleh tahu.

Baiklah,
kau berkeras.
Mahu juga menentang.
Mahu juga melawan.
Apa boleh buat, navigasi kau hala ke kiri.
Jadi ikutlah.
Tapi aku mahu pesan.
Kalau jalan ke kiri kau tu hujungnya gaung yang bawahnya bencana,
Jangan kau pinta aku capai tangan kau untuk tarik naik ke atas.
Sebab aku mahu biar kau jatuh.
Mulut kau bising sangat.
Tingkah mu jengkel benar. Sumpah jengkel!

Nanti bila kau tiada
Senang mereka-mereka ini buat kerja
Tanpa ada gangguan manusia2 macam kau ini.
Manusia2 emosi..

Friday, October 15, 2010

10/14

Semalam aku bangkit dari tidur yang sangat nyenyak sebab malam sebelumnya itu aku tersangatlah penat sampaikan persalinan ke kuliah malam tu pun aku tak hirau masih dikenakan ditubuhku. Terus secara rasmi menjadi merangkap persalinan tidur aku malam tu.

Aku tatap paparan skrin N73 aku yang dah tua tu dengan mata yang separa buka dan sangat sembam sebab terlebih tidur. Tak banyak ucapan yang aku terima. Tapi itu tak pengaruhi aku sebab aku jangka mungkin masih awal mereka nak raikan. Chewah!
*pujuk diri sendiri sebenarnya.

Aku ambil keputusan untuk tidak aktifkan Facebook dahulu. Langit di luar yang dah mula nak bercahaya sudah beri isyarat yang terang dan jelasnya bahawa aku dah lambat untuk subuh. Jadi aku pantas berwudhuk dan terus bersolat. Syukur Alhamdulillah. Tak terkira nikmatnya apa yang Tuhan dah bagi kat aku selama ini. Rasa tersangatlah keji diri ini bila hambanya yang dah banyak buat kepala diberi peluang yang kesekian kalinya. Kalau aku pun boleh jadi marah. Tapi itulah yang dinamakan belas kasihan dari Allah yang tiada taranya.

Selesai semua, aku terus on laptop dan aktifkan FB. Mak ai! memang banyak dah ucapan dari kawan2 fb. Tak sangka mereka semua ingat kat aku (padahal memang dah boleh tau sebab ada kat laman utama fb). Tapi tiada apa yang dapat aku berikan selain ucapan terima kasih yang tak terhingga kerana ada yang dah beri sejak jam 12 malam lagi. Gila kentang korang semua ea.

Tapi ada satu ucapan yang sangat terkesan dalam diri aku, bila mana ayahnda aku sendiri 'post' ucapan di 'wall' aku. Walaupun tak segramatis mana pun tapi apa yang cuba di sampaikan sangatlah meruntun jiwa dan perasaan aku yang dah memang sedia ada kerinduan pada keluarga di kampung. Tak tahu kenapa, atas sebab kesan daripada ucapan tu mengalir lah air jernih panas jatuh menyelusuri pipi aku yang kasar ini. Mungkin kerana ini buat pertama kalinya aku sambut ulang tahun kelahiran di tempat orang. Selalunya ayah mesti bawa aku pergi sambut di mana2. Tapi kali ni tidak.

*mula dah sebak2 (benci)

Tapi ayah kata tak apa. Ayah dah 'bank-in' duit untuk sambut kat sana. Terus mata aku jadi bulat macam ikan buntal yang dah habis kembung.
Hahahaha.
Hilang sekejap rasa sebak aku tu. Aku tahu ayah pandai nak pujuk hati aku ni supaya tak terus dihanyut perasaan aku yang tak tentu hala ni dan mudah rapuh ni.

Jadi duit yang ayah beri tu aku buat belanja dengan kawan2 gila aku. Pergi makan je. Tak luak mana pun sebab aku memang sudah sedia ada kupon diskaun yang aku dapat masa masuk pertandingan karaoke tempoh hari.

Sepatutnya aku ada kelas jam tujuh. Tapi kala jarum jam menunjuk-nunjuk jam 6 kawan2 gila aku ni ajak pergi meronggeng lagi. Lama aku memerah otak. Nak cari helah mengelak tak pergi kelas. Jadi akhirnya aku dapat idea paling bernas abad ini. Sebagai 'birthday boy' aku putuskan untuk pergi juga tapi sudahnya aku akan pergi ke kelas juga walau lewat.

Memang puas satu hari kami meronggeng. Tapi yang hebatnya, semua kelas dan kuliah hari tu aku hadir. Takde satu pun yang aku ponteng. Sudahnya aku balik dengan badan yang kepenatan dan berpeluh sakan. Sebab kene berjalan jauh.

Tapi usai aku solat Isyak. Hati dan akal waras aku mula bergabung tenaga menyoal yang macam2 pada aku tentang apa yang aku pelajari hari ini. Sebagai orang yang dah masuk alam dewasa, harus ku jawab dengan penuh rasa bertanggungjawab dan berlandaskan kewarasan. Walau soalan nya datang dari aku sendiri.

Akhirnya, lepas ligat otak kecil aku ni berpusing, aku akhirnya tahu apa pengajaran hari ini iaitu:
'Hidup sebagai orang dewasa adalah segalanya tentang membuat keputusan'

Memang kalau ku undur kembali masa, segala-gala yang aku buat pada hari itu semuanya atas keputusan yang aku buat. Tuhan dah bagi pilihan tapi kita yang akan memilih yang mana terbaik untuk diri kita sendiri. Itu sudah semamangnya fitrah manusia yang mahukan terbaik untuk diri sendiri.

Tuntasnya, hari yang ku anggap bersejarah ini memang benar-benar bersejarah bagi aku kerna buat pertama kalinya aku cuba menyingkap sendiri fitrah kejadian aku yang selama ini sesat,hilang tanpa arah tuju. Walau ada alat navigasinya(Al-Quran) tapi bagai tak di guna sepenuhnya. Sebagai pengajaran yang selanjutnya, seharusnya aku memuhasabah diri setiap hari agar aku tak akan pernah terlepas dari mempelajari nilai dan pengajaran yang sebenarnya datang dari aku sendiri.

Mungkin sekarang aku boleh katakan yang aku dah bersedia untuk melangkah ke alam dewasa.

thanks to Ika,Dyra n fara

Monday, October 11, 2010

Oktober Dekad Ini

Teliti insan ini setekunnya
Layakkah dia terima sedekad lagi usia
Kali ini betul-betul dipersoalkan
Kala ia bukan lagi senda gurau

Bila tiba oktober
Acap terfikir selanjutan usia akan dicapai
Setahun demi satahun meningkat
Tapi semua ini tak pernah terlintas
Ketika akal belum logik berfikir
Tahu mahu dirai dijulang.

Tapi bila sudah lanjut
Akal pun sudah tahu ligat berfikir
Mula ada penilaian pada diri sendiri
Antara makin elok atau makin teruk?

Serius!
Kali ini aku berkeras mahu persoalkan
Apa bakti mu untuk diberi peluang lagi?
Apa merit mu untuk layak di teruskan lagi?

Bukan tiada,ada.
Tapi yang tiada tu lagi banyak dari yang ada.
Benar bukan?

Jadi,apa harus ku lakukan kali ini?
Memberi janji lagi?
Owhh! tak mungkin.
Sebab yang lalu pun belum pasti tertunai.
Masakan pula mahu diperbaharui.
Gile ke ape?

So,tuntasnya
Ku putuskan untuk berdoa
Mohon kepada-Nya
Apa yang selama ini ku janjikan
Terlarat kudrat ini untuk ditunaikan.
Tak mahu lagi hidup dalam dusta
Obsesi pada yang mungkar.
Penat lah!
Betul ni. Aku tak bergurau.Kalau kalian ada di tempat ku ini pun pasti akan merasa yang sama.

Ada lagi beberapa hari untuk menilai
Esok lusa sudah boleh buat postmortem.
Simpan kitab lama.
Rasmi kitab baru.
Kitab yang putih.Cantik.Suci.Berdaulat.
Biar aku dapat corakkan.
Walau aku sebenarnya bukan orang seni.
Berdaulat,biar aku takut mahu nodai.

Dekad ini aku berazam
yang baik-baik belaka.
Dekad ini aku....

Friday, October 8, 2010

Sahabat...Aku?

Aku ini manusia biasa
Lelaki yang tiada apa
Yang jasadnya milik Tuhan
Yang nyawanya milik Tuhan

Aku tiada kuasa seperti kamu
Tiada upaya umpama kamu
Yang bisa menangis
Yang bisa kecewa
Yang bisa jatuh
mahu tersungkur

Jadi kau boleh ganyang aku
Henyak hempuk aku hingga lunyai
Bawalah kroni mu itu
Perlakukan aku begitu

Sukar aku membenci mu
kerna hakikatnya
kau sahabat dunia akhiratku
Tanpa rasa simpati
Kau buat aku macam ni

Aku lihat kau
Depan kroni kau
Bukan main lagak berkuasa
Tinggal sudah sahabat-sahabat rahsia kotor kau di belakang
Sedang kami turut patuh pinta kau

Kami hormat kau
Kerna punyai itu kuasa
Tak mampu nak patah
Tak mampu nak redah
Tak mampu nak pecah

Jadi ku putuskan
Kau dengan kutu-kutu kau itu
Aku dah lengas dengan kamu semua
Aku dah rimas dengar keluh kalian

Kalau tak senang kelemahan ku ini
Jangan dipinta apa dari ku
Kalau kau senang diri kau mampu
Jangan dipinta aku lakukan
Laksana sendiri seperti apa mahu mu

Aku mahu undur diri
Dari kalangan manusia bertalam muka-muka ini
Aku tak mahu ditambah dosa
Kerna menanggung amarah atasnya kamu

Tapi aku mahu kau tahu
ingat
kenang
simpan dalam hati
Yang aku ini sahabatmu, setia menunggu kepulangan mu, diri yang seperti dulu.

Maafla kalau entri2 ana banyak yang berbaur kechewa,pasif,negatif. Sebab ini yang selama terperuk dalam jasad ini. Nanti bila dah habis semua keluar, keluar lah nanti yang gembira ceria itu. Maaf sejuta kali.

Saturday, October 2, 2010

Stolen

Hati aku dicuri...
Hanya itu ungkapan yang boleh menjelaskan
segala yang berbuku di hati ini.

Siapa yang curi?
Kali ini dia yang bernama hawa.
Betul-betul menusuk kalbu.
Aku mula serabut
Sebab belum pernah ada rasa begini.
Rasa yang indah-indah belaka.
Berbunga-bunga sampai mekar setaman.

Tapi layakkah aku di sisinya?
Aku tak ada pengalaman.
Tak ada ilmu nya.
Takut nanti aku yang malu sendiri.

Dia ramai yang memerhati.
Ramai yang mendampingi.
Ramai yang memendam hati.
Dalam mereka, aku antaranya.

Tapi hati ragu-ragu.
Tentang perasaan ini yang tak pasti.
Moga diberi petunjuk.
Kelak aku tak kesal.
Memilih dia, atau menolak mentah-mentah.
Nikmat tuhan depan mata.

Friday, October 1, 2010

yang dua itu....

yang dua itu memang ku kenal
tapi baru sebentar kami kenal
dah macam belangkas terbang siang

dulu,sebelum mereka,
aku tak ada siapa
duduk hujung sudut
memerap menjauhkan diri
sebab rasa pelik ditempat orang ini

sampai satu detik
memang sudah dicoret dalam buku qada' dan qadar
aku jumpa yang dua ini
terus rasa macam aku ada sesuatu dengan mereka
sesuatu yang apa? aku pun tak tahu
hanya tuhan yang tahu apa rasa pelik ku itu.

Rupanya rasa pelik itu menjadi ikatan.
Ikatan yang erat berupa sahabat.
Aku bersyukur kerna tuhan temukan aku dengan yang dua ini.

Biar apa orang nak kata
kami dengan dunia kami
Dunia yang orang lain tak miliki
sampai ada yang iri hati
alahai,apalah sangat kami ini sampai nak iri hati
tapi itu kami tak ambil peduli.

Kami tak macam orang lain
yang rasa diri ini macam orang paling hebat dalam dunia.
bagi kami cukuplah sekadar ada antara kami.
Itu yang kalau terpisah sehari rasa macam kosong sekejap.
sebab kalau tidak itu,baru sepatah bercakap dah tergelak bergegar bumi.
orang lain tengok pun pandang atas bawah.
Tapi apa kami kesah.
kami tak kacau mereka pun.
So,jangan berani-berani nak kacau kami.

Masuk bulan ni dah 2 bulan kami kenal
tapi rasa macam dah 2 tahun kenal.

*tergelak

Semoga kami kekal sampai bila-bila...
Ya Allah,lindungilah sahabat-sahabat aku ini
jauhkanlah mereka dari segala malapetaka
segala cemburu buta
segala iri hati
segala hasad dengki
semoga mereka di rahmati oleh mu
dan dimurahkan rezeki...
amin...

Salam mesra buat ika dan dyra..