Thursday, August 4, 2011

Istimewa Ramadhan-Onde-onde Marble.


Assalammualikum dan salam ramadhan.

Di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, saya akan cuba untuk post seberapa banyak resepi yang menarik untuk dicuba sebagai juadah berbuka puasa. Baru2 ni saya dah try satu resepi pencuci mulut yang sesuai untuk dihidang atas tikar waktu berbuka nanti. Dan semestinya, resepi ini sangat mudah dan praktikal. Cuma memerlukan sedikit kerajinan laa. =)

Bahan-bahan:

6 cawan tepung pulut (2 cawan untuk satu mangkuk berasingan)
Air
Garam
1 sudu kecil pewarna makanan (merah,violet,hijau)
1 bongkah gula melaka (dipotong dadu)
1/2 biji kelapa (bhg putih sahaja)

Cara-cara:

1.untuk satu bahagian mangkuk, gaul tepung dengan sedikit garam. campurkan tepung dengan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga membentuk doh yang lembut dan tidak melekit.lakukan cara yang sama dalam mangkuk yang lain.

2.campurkan pewarna pada ketiga-tiga mangkuk dengan warna yang berlainan. uli semula sehingga warna tersebut sebati dan sekata.

3.didihkan air dalam periuk. bentuk sedikit doh sebesar bola pingpong atau kecil sedikit dan gelekkan sehingga berbentuk bebola. tekan sedikit di tengah2 bebola itu dan masukkan gula melaka. balut dengan doh tersebut dan gelekkan semula sehingga menjadi bebola kembali. kemudian, masukkan bebola tersebut kedalam air yang sedang mendidih.

4.sekiranya bebola tersebut mula terapung-apung di dalam periuk tersebut,itu bermakna onde2 sudah masak! angkat dan tapis.kemudian,masukkan ke dalam mangkuk berisi kelapa parut dan ratakan kelapa ke seluruh onde2. hidangkan dalam pinggan.siap! nak bagi jiran pun apa salahnya.

Tips:

1.air jangan terlalu sedikit nanti onde2 keras.jangan terlalu banyak pula nanti lembik dan melekit.
2.kelapa parut itu lagi sedap kalau di gaul bersama sedikit garam. baru ada extra kick!


p/s: sebenarnya onde-onde ni kegemaran arwah atuk Arshad bin P'ie. Al-Fatihah buat atuk.


1 comment: