Tuesday, December 28, 2010

Rejuvenate

ini yang dah curi hati aku
sepanjang tempoh penyegaran.


Dah lama aku tak ke sini.
Masa betul2 jadi kekangan.
Pejam celik tunggang terbalik
yang dulu rasa lama
sudah jadi tak tahan lama.

Wajah2 ini bakal aku rindukan
Sepertinggalan aku dari pandangan
tapi aku percaya
sayang dan rindu
semangat dan kekuatan
tak pernah jauh dari aku
walau jauhnya berbatu-batu.

Suka duka yang lebihnya hanya duka
berbalas kepuasan dengan usaha
yang sudah aku hempas dan pulas
jadi bintang yang kelip2 dilangit lepas.

Ahhh...
aku mungkin delusi
tapi itu yang jadi.

Semangat yang baru sudah datang.
Jadi tak boleh lambat
supaya tak hilang
supaya tak lenyap.


Sunday, December 12, 2010

Tak Sama

Kaki ligat mengayuh.
tubuh ikut lentok angin.
udara petang hari itu
sangat ku rindui.

Hawa panas menggigit kulit.
Hampas berdebu menghiris selaput mata.
Semua itu berbisa
tak sebisa hati yang menanggung.

Hati tak aman.
Badan jadi bahang.
Jadi aku pulang
simpan basikal dalam bangsal
duduk diam celah peruk.

Itu lagi bagus sebab
semua tak sama.
Dah tak sama.

Sunday, December 5, 2010

Antara Kebendaan dan Pencapaian.

Maaf.
Luah bicara aku kali ini
Aku dahulu dengan maaf yang seribu.

Andai ada yang terasa hati
Maka selayaknya kalian ke atas perkara di atas.

Aku bukan manusia murah.
Dan bukan jugalah manusia yang tinggi nilainya.
Bukan aku jatuhkan tinggi nilai darjat manusia yang Allah taruhkan.
Kerna pada ku, aku bukan setinggi itu darjatnya untuk diletakkan
satu nilai yang berkedudukan paling atas.

Jadi, walau ku akui aku tidak berdarjat tinggi,
jangan kau pijak hormat aku
jangan kau caci prinsip aku
jangan kau robek kepercayaan aku.
Kerna itu yang seharusnya kau hormati
selayaknya aku hormati segalanya milik kamu.

Apa yang ku miliki bukanlah batu pengukur
sejauh mana budi yang mampu aku balaskan.
Itu semua berbaur kebendaan,
yang hanya menjadi pembangkit semangat,
kala aku sekiranya terbuai dek angin lalai
seketikanya aku dikejauhan kelak.

Akan jadi mudah
dengan kewujudan unsur kebendaan itu
aku jadi ingat apa yang dunia sudah tawarkan pada ku.
Untuk nanti aku jadinya senantiasa beringat
malah berwaspada
pada setiap langkah yang aku jejakkan.

Jangan ukurkan kebendaan itu pada pencapaian ku.
Selayaknya ia pada diriku.
Kerna selama ini aku,syukur,
aku belum pernah mengecewakan.
Telah aku buktikan sebelum ini
yang kebendaan itu tak membawa apa2.
Malah sekelumit tidak pengaruhi aku.

Aku masih lagi berakal.
Masih lagi berdiri atas norma kewarasan.
Apalah namanya manusia aku ini
kalau tak tahu namanya berjasa.

Tak usahlah cemburui kebendaan ini.
Baik kau cemburui untuk kejar pencapaian
dari segala sudut.
Belajarlah erti bersyukur.
Agar kelak dirimu digelar hamba paling bertakwa,
di sisi-Nya.
InsyaAllah.