Saturday, November 27, 2010

Epilog Airport 10jam

Mula dari jam sembilan. Memang aku sengaja mahu pulang seawal mungkin esok hari. Jadinya aku buat keputusan bertapa di lapangan terbang ini. Dyra dah 'on board' dan bermula kembara berseorangan aku di sini. Bagi aku tampak macam biasa. Mungkin kerna manusia2 masih lagi memenuhi ruangan lapangan ini untuk terbang ke destinasi yang diingini.

Masa yang ada aku luangkan dahulu dengan menonton televisyen. Mujur rancangannya tak bosan. Kalau tidak boleh mengundang mengantuk yang terlalu awal. Dari satu rancangan ke rancangan yang lain. Kejap2 tu aku pantau sekeliling. Lihat manusia2 yang masih lagi mahu menunggang burung besi itu malam2 begini (tak sejuk ke?). Ada juga jumpa rakan2 senior yang turut serta dalam tunggangngan burung2 besi yang akan terbang malam ni. Yup! Mereka semua benar2 ambil berat. "ok, take care. Jumpa lagi sem depan". Nak teman tak dapat, wish macam tu sudah cukup.

Cecah jam 12, televisyen mula tunjuk kejengkelannya. Baik, tukar lokasi yang lebih tersorok. Kalau dah begini ada kemungkinan boleh terlelap. Dapat! Baik punya tempat. Belum rasa apa2 lagi. Jadi, membaca dahulu. Hah! sekarang benar2 mahu terlelap. Letak kepala atas troli sudah cukup selesa dalam keadaan begini. Makanya, jauh sudah aku melayang dalam ilusi.

Kira2 jam 1.30a.m, ada satu lembaga bertubuh lampai, berwarna biru gelap sedarkan aku dari tidur yang tak seberapa lena. "dik, maaf aa. Kami mau 'fogging' ni". Damn! boleh pulak nak fogging malam2 buta ni. Itulah dia, bila dah terkena baru terhegeh-hegeh nak perasap tempat2 orang. Sampai malam2 buta boleh jadi. Aku pun keluar, ikut serta lebih kurang 20 manusia2 lain yang tak kurang sama nasibnya dengan aku.

1jam kami terperangkap dalam kabus asap yang sepatutnya membunuh makhluk lain. Tapi yang terseksa makhluk lain. Aku cuba keluar dari situ cari tempat yang aku boleh sedut angin dingin malam tu yang lebih segar. Dalam pada aku berjalan keluar dari kabus tu, terasa macam dalam cerita Vampire's Diary pula dan aku ni macam Damon Salvatore yang kalau muncul saja mesti ada asap2 nya.

Puas satu jam bermain asap, tunggu setengah jam pula asap2 ni nak hilang. Punyalah lambat dan seksa sangat. Bukan main merah mata aku ni menahan asap2 tu. Dalam pada berasap2 tu, ad juga yang menambah asap depan2 aku. Macam tak cukup je asap yang ada ni nak ditambah lagi.

Jam 3.30a.m. Apa nak buat? Mata masih mengantuk tapi asap ni buat aku susah nak tidur. Jadi paksa juga tidur. Bertukar2 tempat pula tu. nasib baik boleh tertidur.

Bila masuk jam 4.15a.m, manusia mula bergendong2 datang semula memenuhkan tempat ni. Aku jadi segan nak tidur. Jadi aku lepak sambil memekak lagu yang aku layan dengan budak2 ni semalam. Menunggu sampai kaunter dibuka.

Jam 5a.m. Kaunter dikatakan sudah dibuka. Berbanding kaunter2 lain untuk penerbangan pagi tu, kaunter untuk JB lebih awal dibuka. Tapi stafnya tiada. Yang datang dahulu adalah staf2 kaunter lain. Akhirnya, kaunter JB jadi yang paling akhir dibuka secara rasminya. Punca yang dikenal pasti adalah staf yang on duty cuti sakit. What the hell ko baru nak masuk kije baru nak bg tau MC. Hish!

So, sekarang ni aku di surau. baru usai solat subuh. Dalam pada aku menaip entri ni, aku ada 5 minit lagi untuk masuk ke balai berlepas. Hati betul2 gumbira sebab sudah mahu pulang ke kampung halaman. Chewah! apa2 pun selamat bercutilah pada semua . hah! aku dah dengan bunyi burung tu bising2.

Thursday, November 25, 2010

Stolen Vol.2

Terdetik itu datang lagi
buat ke sekian kali
aku tak boleh lari
rasa gelora yang tak terperi
bertandang ke hati mencari ruang tersendiri.

Kalau yang dulu udah aku lupakan
kerna terdetiknya cuma bertahan sebentar
tak terasakan luar biasa seperti yang selalu2.
Jadi aku lupakan.

Dia ini datang penuh bahgia.
Dia hadir semesra rerama hadapan gua.
yang tak gentar gelapnya lohong kosong ini.
datang menghiasi hati biar jadi bererti.

Bersapa walau sekala
tapi aku cukup senang bila berbicara
tak bersua muka tak apa
takut hati tak senang meronta2
biarlah begini saja caranya
cukup masanya aku datang bawa sireh segala.

Namun yang jenis ini, sayang.
kembangnya wangi sampai ke awan
tapi empunya diri di taman larangan.
Di hidu naya
Di petik nahas.
hanya putera berkuda putih, berbaju emas, berwajah elok,
punya peluang diserah kuntuman.

Tak mengapa; bisik hati.
tunggu masa kau nanti.
kalau tak dia adanya juga sepertinya.
cuma tunggu masanya yang entah bila.
bila dah sedia datanglah padanya.
bawanya jauh ke ceruk dunia.
janjinya cuma bimbanglah dia ke jalan syurga.

Wednesday, November 17, 2010

Aidiladha: 1431

Sedang aku tekan butang2 huruf papan kekunci ni, di luar hujan turun mandikan bumi yang makin busuk. Sudah lama tak hujan sakan di bawah bayu ni. Kali ini petir pun ikut tumpang sekaki. Aku biar saja tingkap terbuka. Biar telinga dengar bising rintik hujan menghentam bumi. Kasi berhalwa sikit telinga aku yang dah lama tak dengar pekik alam. Tapi takut juga kalau2 mesin depan mata aku ni di panahnya. Nahas aku.

10 Zulhijjah 1431.

Betul. Aku tak salah zaman. Terkebil2 mata pagi tadi sebab jarum jam tunjuk pukul 5.22 pagi. Dengar betul2 takbir tak gema lagi. Sangka ku masih awal. Pagi ini luar biasa. Semua rumah gelap2. Macam aku yang bangkit paling awal. Apa mereka lupa hari ini istimewa? atau aku yang salah tengok masa. Tengok kalender dah betul. Tiada salahnya. Bingung. Sebab belum pernah sambut raya seorang macam ini. Biarlah taknak sambut, aku boleh sambut sorang2.

Lokasi: masjid.
Ramai orang tua bertakbir. Mana orang muda? Owh, di belakang. Sambung tidur. Panorama tipikal. Mana2 pun sama. Aku cuba bayangkan kalau yang tua2 di depan ini satu2 hilang Zulhijjah/Syawal yang mendatang ini. Sangka ku, pastinya mereka belum cukup gagah seperti si tua untuk bertakbir di depan. Apa perlu gagah untuk ke depan?

1jam bertakbir dah cukup untuk meruntun hati aku. Tak tahu nak buat apa. Paling2 tidak hantar sms pada adik2, ingatkan pergi masjid. Satu pun tak berbalas. Sangka ku, mungkin tiada kredit. Jemaah makin padat. Bersemangat tak mahu lepas peluang yang datang sekali sekala. Sampai akhirnya sambung di luar, bertanah merah, beralas akhbar. Syukur tak hujan. Panas terik apalah sangat. Boleh bertahan sangka ku. Mereka bukan kaum kerabat puteri lilin.

Usai solat, khutbah menyusul. Yang paling semberono pernah aku saksi. Khatib separuh abad, berjambang putih, dengan pakaian serba putih, berdiri hadapan aku. Suaranya lantang walau kedengaran ketar tuanya ada, tapi cukup untuk buat jemaah dalam rumah Allah itu, duduk memaku punggung, memasang telinga. Aksinya bukan seperti khatib2 lain yang biasa aku lihat.

Ceritanya menarik. Pada2 waktu begini aku dah jangka apa mahu dikhabarkan. Pastinya tentang pengorbanan yang jadi temanya hari ini. Mustahil mahu pula dicerita tentang Zaid Ibrahim yang mahu keluar partinya.

*keluar tajuk*

Mula dari zaman Nabi Adam sehingga Nabi Ibrahim, semuanya buat aku tersedar betapa besar pengorbanan insan dahulu. Kalau dibanding dunia kini dangan dahulu, aku sangka, belum cukup pengorbanan insan kini untuk setanding dengan insan terdahulu. Tak usah lihat jauh, aku sendiri boleh jadi sasar misalnya. Berapa banyak pengorbanan yang aku pernah buat. Kalau di banding dengan sucinya korban Habil, teguhnya korban Ibrahim, jauhnya lebih antara langit dan bumi. Antara mampu atau tidak untuk aku setanding dengan mereka, itu aku pun kurang pasti. Aku terlalu hina, sangka ku, untuk korban ku diterima. Tidak seperti mereka yang suci sifatnya untuk diterima korban mereka. Tapi sangka ku disangkal oleh hujah sang khatib tadi yang katanya :

" korban seseorang itu bukanlah dilihat pada hasil pengorbanan yang dilakukan, akan tetapi dilihat dari sudut ikhlas hatinya dalam menjalankan korbannya"

Dan kerana itulah hasil korbanya Habil diterima Allah, atas ikhlasnya hati beliau ketika mempersembahkannya. Dan kerana itu jualah Ismail yang mahu dikorban ayahnya, ditukar dengan kibas atas ikhlasnya Ibrahim dalam menjalankan perintah Allah.

Maka, aku sedar. Selama ini apa yang ku lakukan serba kurangnya. Ada lemahnya. Mungkin kurang Ikhlasnya, sangka ku.
Jadi untuk berkorban bukanlah dengan hanya melakukannya untuk jadi tatapan manusia, dengan harapan mereka akan iktiraf sebagai pengorbanan. Pucuk pangkalnya harus disulam dengan ikhlas yang tiada banding taranya.
Semoga kalian bertemu dengan ikhlasnya Ikhlas.

Sunday, November 14, 2010

The Lights.

The light is there.
But we've gone to far,
Until we never see the light again.

So,what should we do?

Run. Run and get the light back.
Then you will see which path is grassy,
which path is muddy.

Do I mentioned about those path before?
No? owh,sorry. My mistake.

Those are the path aways that have been given to you. To us.
Just need your consideration of which one you'll choose.

I can't help.
Because I've lost my light.
Well then, I have to go.
I want to run and get back the light.

Soon, if I got the light and you got it too
Let's choose the pathaway with hand in hand.
But this time we'll not running.
We'll walk as slow as we can.
So that we can feel the grass with our bare foot.

Owh, sorry!
I'm already late.
See you soon.
Bye!

Saturday, November 13, 2010

Andai Sudah Mati.

Andai aku sudah mati
Jangan ditangisi aku yang telah pergi
Kerna aku tiada apa nak diberi
Untuk setiap airmata yang ditangisi

Jangan risau aku yang telah pergi
Jikanya aku tiada berteman hanya sendiri
Kerna selama ini aku memang sendiri

Sedihnya akan sebentar
Nanti kau ratap kemudian kau gelak
Sebab mati ku ini tiada kesan
Hilang ku ini bukannya beban

Dua ku pinta
Sebab selalunya satu yang dipinta.
Jangan diratapi perginya aku, kala itu mengundang padah*
Teruskan hidup mu hadapi dunia tanpa adanya aku**


*Kalau ditangisi orang yang telah pergi sehingga meratap,seolah-olah kita tak menerima ketentuan Allah.
**ayat tipikal yang selalu dalam sketsa2 bila wataknya dah nak mati.

Friday, November 12, 2010

....tentang Resah

Terbuai asyik alunan bisik angin
Buat mata yang kuyu terus lelap
Pejam rapat2 macam esok tiada lagi
Puisi anak rantau berpusar dalam benak
Mencari tenang secebis yang anggapnya sedang2.

Usaha lempar jauh resah dalam hati
Fikir masalah dini yang susah mati
Meroboh konfrontasi diri tanpa henti
Propaganda iblis rencana binasa diri.

Resah hilang hanya seketika
Kejap ia mesra bertandang jelma semula
Tanpa dipinta
Tanpa dipaksa
Mahu2 nya ditelan walau seksa

Setegap bidang sasanya tubuh,
Datangnya ia tak kenal siapa dibunuh.

Memencil jauh pelusuk bumi,
Diburunya kejam tak ada simpati.

Maka,
Kala ia datang lagi
Usah gusar tak terbisakan menangkis
Kerna ia bukan makhluk jenis perengus
Tiada rasa tiada hati
Hanya sejenis perasaan yang juga memahami
Kalau kau bijak,
Pergikan ia jauh dari sisi.

Thursday, November 11, 2010

Aku Begini

Kita ini acuannya sama
Sama ramuannya
Sama asalnya
Yang beza cuma hasilnya.
Kerna itu hendak-Nya.

Maka kita tak sempurna.
Ku akui, aku juga tak sempurna.
Ada khilafnya yang tak dapat diubah.
Walau dicuba berpatah arah.

Aku begini bukan atas kehendak ku.
Kala ditiup roh atas jasad,
Sumpah! aku tak tahu jadi begitu.
Yang membezakan aku dengan kamu.
Semuanya kehendak yang Ilahi,
Yang menentu sejak azali dulu.

Jadi aku cuba jadi diri sendiri
Yang tak mahu hidup atas ciptaan fantasi.
Terima seadanya kehendak hakiki,
sebab pastinya ini yang terbaik untuk aku miliki.

Tuesday, November 9, 2010

Masih Lagi.

Kala aku merintih
Betapa perit hidup ini
Masih ada yang terbaik untuk aku
Masih ada yang mendampingi aku
Masih ada yang mencintai aku.

Saat aku kadangnya sangat kritis
Tentang apa ada pada diri
Masih terkudrat jasad ini
Masih kukuh kaki ini
Masih masih waras akal ini.

Pada aku bersifat begini
Sana, ada yang hilang pencintanya
ada yang hanya besahabat sepi
Berselimut angin salju
Sedang diri berbekal perca

Pada aku masih begini
Sini, ada gelak tawanya
Masih ada yang mahu bilang cinta
Makan bersuap tidur berdodoi

Yang di sana masih begitu.
Sentiasa tagih ehsan yang Esa.
Tak putus2 bersyukur.
Yang di sini pun begitu.
Juga meminta2 bagai tak cukup.
Tapi berat melafaz syukur.

Mahu bagaimana?
Mahu seperti di sana?
Baru mahu bersyukur?

Kala di sana masih bersyukur
Baiknya kamu juga begitu.
Kerna Dia masih..
masih...

Friday, November 5, 2010

Sabar.

Kala azan bergema
Aku teringat kembali apa pengajaran siang tadi.
Baru aku tersedar dan entah kenapa aku kini makin tipis jiwanya.
Mudah terkesan dengan apa yang selisih di kulit tubuh kasar ku ini,
membawa rangsangan jauh ke dalam hati.
Diulas2 berperi2.

Pandang kanan batu,
Pandang kiri pun batu.
Pandang depan, ada kurnia Tuhan yang tak terperi indahnya.
Walau hanya menerobos tingkap usang ini tapi aku pasti yang depan itu indah.

Seperti kadangnya kita rasa
Dalam hayat ini penuh dengan batas2 syarat yang menghalang kita nak gerak bebas.
Tapi itu cuma yang kita nampak zahir, hampir pada kita.
Jangan lupa yang depan sana menanti sebagai habuan yang indah2 belaka.
Memang tampaknya batin, mustahi tangan ini nak menggapai.
Tapi tunggu, sabar.

Panasnya tadi.
Ku gagahi juga ke rumah Tuhan.
Tapi hati ini lemah, tak tahan dugaannya yang sementara itu.
Kaki segera melangkah pulang keasal berteduh.
Dalam pada berjalan, angin datang,
Yang sejuknya mustahil dikalahkan terik si matahari.
*cuba nikmati semula saat itu*

Pelik,
Tapi itu benarnya.

Sangka ku,
Tuhan mahu buktikan padaku,
Kalau ku sabar sedikit saja tadi pasti ku nikmati berkat doa bersama
rasai angin dingin bersama.
Itu sindiran paling terkesan pada ku.

Sepertinya ada,
Kadang kita merintih susah sukar dalam hayat.
Mahu kalau boleh terus dapat apa pintanya.
Kadang nya juga sesukar mana ujian yang datang,
Tuhan tu tak zalim.
Dikurniakan kita setitik madu dalam selautan bisa.
Jadi bersabar.
Kala bersabar itu pasti bila yang madunya menitis, puasnya tak terkata.

Jadi kini,
Apa yang ku dapat?
Pengajaran yang kosong tanpa disimpan dalam hati?
Hanya simpan dalam kotak buruk berhabuk tunggu sampai kulapuk?
Mungkin belum tiba masanya.
Jadi aku tulis di sini supaya kalau ada yang terbaca,
senang2lah ingatkan aku,
Kala aku hilang sabarnya.