Sunday, January 16, 2011

Dengarkan.

aku ini bermelodi
cuba dengar

dengar

aku boleh jadi;
menyedihkan
menggembirakan
menjengkelkan
menenangkan

dan semua yang kau boleh rasa
dengan dengarkannya.

maaf kalau sumbang,
kerna aku sendiri
jahil menyusun
jahil menggubah
nota melodi hidup sendiri.

Silalah perdengarkan.

Friday, January 14, 2011

Bangkit Dari Jatuh.

Dulu aku pernah jatuh.
Jatuh yang tersungkur.
Sehingga mahu bangkit pun
aku tak mampu.

Luka akibat jatuh
nanah berdarah terkesan hingga berparut.
Aku jadi takut.

Aku menangis.
Menangis yang tak boleh seka.
Melantun-lantun jiwa dan rasa aku.
Tergamam.
Tersentap.

Bila diingat-ingat
aku sedar itu salah aku.
Yang biar semua pengaruhi aku.
Yang biar semua membelai aku.
Supaya aku jadi lalai.
Supaya aku jadi abai.

Jadi, yang mengalir dari mata ke bumi ini
tak erti apa2.
Hanya mengalir.

Selamat aku tak sendiri.
Ada lagi ikhsan berbentuk kasih
yang diberi Tuhan pada aku.
Beri aku semangat untuk kuat.
Beri aku pesan untuk ingat.

Ingat.

Esoknya,
Aku kesat tangisan
biarkan parut yang terkesan
supaya kekal jadi ingatan.

Pagi2 aku
aku jadikan medan bertempur.
Malam2 aku
aku jadikan hamparan bersujud.

Rosak aku buang.
Basi aku lempar.
Koyak aku tampal.
Cela aku rawat.

Aku jadi kuat.
Kuat melangkah dengan semangat.
Semangat berkobar yang tak pernah tamat.

Jadi,
aku tak mahu jatuh lagi.
aku tak mahu terluka lagi.
aku tak mahu menangis lagi.

Aku mahu melangkah lagi.


Tentang kejatuhan akibat leka. Tersedar. Kemudian menyesal.

Tuesday, January 4, 2011

Hati Kering

Lihat dia yang tua itu
buat aku rasa bersalah
bila dia kerah jasad yang lemah itu
sampai dah tak terkerah
demi puaskan hati aku
yang tak kenal peri kemanusiaan.

Andai hati aku ini punya akal dan mata
pastinya ia juga rasa bersalah
mengenangkan apa yang dah dilakukan pada dia.

Tak seperti hati dia.
Hati kering.
Tak pernah teragak mahu berhenti
dalam kerja2 memuaskan.
Baginya hanya mati mampu berhentikan dia.

'Semua aku sanggup'

Terngiang lagi ungkapan itu dalam telinga
membandingkan dengan aku
yang bolehkah mengungkap yang sama.
Ungkap saja pasti boleh
tapi lakukannya, mungkin boleh.

Dalam dunia
aku belum pernah jumpa yang setabahnya.
Walau terbalik bagaimanapun dunianya
tak akan dirasa anak2nya.
Walau gegarnya.
Walau kelibatnya.
Dipastikan tenang dunia mereka.

Biar dihina.
Biar diludah.
Biar dipinggir.
Dia dengan dirinya yang melakukan apa terdaya.
Persetankan manusia yang celaka tabiatnya.

Sekeras kering hatinya
aku tahu ada sudut ceruk hatinya
memikirkan kami di sini dan di sana.
Kadangnya mungkin ada kesal
kerna tak dapat bersama di sisi
kala kami sedang menghadap dunia
dan perlukannya di sini.

Yang terbaik dari anak2nya pasti itu mahunya.
Tak lebih tak kurang itu yang diharapkan.
Dia mahu anak2nya jadi yang sepatutnya.
Bagi aku yang sepatutnya itu
adalah yang setabahnya.

Ayah,
Jangan risau.
Allah dah kurniakan ayah yang terbaik.