Semalam aku bangkit dari tidur yang sangat nyenyak sebab malam sebelumnya itu aku tersangatlah penat sampaikan persalinan ke kuliah malam tu pun aku tak hirau masih dikenakan ditubuhku. Terus secara rasmi menjadi merangkap persalinan tidur aku malam tu.
Aku tatap paparan skrin N73 aku yang dah tua tu dengan mata yang separa buka dan sangat sembam sebab terlebih tidur. Tak banyak ucapan yang aku terima. Tapi itu tak pengaruhi aku sebab aku jangka mungkin masih awal mereka nak raikan. Chewah!
*pujuk diri sendiri sebenarnya.
Aku ambil keputusan untuk tidak aktifkan Facebook dahulu. Langit di luar yang dah mula nak bercahaya sudah beri isyarat yang terang dan jelasnya bahawa aku dah lambat untuk subuh. Jadi aku pantas berwudhuk dan terus bersolat. Syukur Alhamdulillah. Tak terkira nikmatnya apa yang Tuhan dah bagi kat aku selama ini. Rasa tersangatlah keji diri ini bila hambanya yang dah banyak buat kepala diberi peluang yang kesekian kalinya. Kalau aku pun boleh jadi marah. Tapi itulah yang dinamakan belas kasihan dari Allah yang tiada taranya.
Selesai semua, aku terus on laptop dan aktifkan FB. Mak ai! memang banyak dah ucapan dari kawan2 fb. Tak sangka mereka semua ingat kat aku (padahal memang dah boleh tau sebab ada kat laman utama fb). Tapi tiada apa yang dapat aku berikan selain ucapan terima kasih yang tak terhingga kerana ada yang dah beri sejak jam 12 malam lagi. Gila kentang korang semua ea.
Tapi ada satu ucapan yang sangat terkesan dalam diri aku, bila mana ayahnda aku sendiri 'post' ucapan di 'wall' aku. Walaupun tak segramatis mana pun tapi apa yang cuba di sampaikan sangatlah meruntun jiwa dan perasaan aku yang dah memang sedia ada kerinduan pada keluarga di kampung. Tak tahu kenapa, atas sebab kesan daripada ucapan tu mengalir lah air jernih panas jatuh menyelusuri pipi aku yang kasar ini. Mungkin kerana ini buat pertama kalinya aku sambut ulang tahun kelahiran di tempat orang. Selalunya ayah mesti bawa aku pergi sambut di mana2. Tapi kali ni tidak.
*mula dah sebak2 (benci)
Tapi ayah kata tak apa. Ayah dah 'bank-in' duit untuk sambut kat sana. Terus mata aku jadi bulat macam ikan buntal yang dah habis kembung.
Hahahaha.
Hilang sekejap rasa sebak aku tu. Aku tahu ayah pandai nak pujuk hati aku ni supaya tak terus dihanyut perasaan aku yang tak tentu hala ni dan mudah rapuh ni.
Jadi duit yang ayah beri tu aku buat belanja dengan kawan2 gila aku. Pergi makan je. Tak luak mana pun sebab aku memang sudah sedia ada kupon diskaun yang aku dapat masa masuk pertandingan karaoke tempoh hari.
Sepatutnya aku ada kelas jam tujuh. Tapi kala jarum jam menunjuk-nunjuk jam 6 kawan2 gila aku ni ajak pergi meronggeng lagi. Lama aku memerah otak. Nak cari helah mengelak tak pergi kelas. Jadi akhirnya aku dapat idea paling bernas abad ini. Sebagai 'birthday boy' aku putuskan untuk pergi juga tapi sudahnya aku akan pergi ke kelas juga walau lewat.
Memang puas satu hari kami meronggeng. Tapi yang hebatnya, semua kelas dan kuliah hari tu aku hadir. Takde satu pun yang aku ponteng. Sudahnya aku balik dengan badan yang kepenatan dan berpeluh sakan. Sebab kene berjalan jauh.
Tapi usai aku solat Isyak. Hati dan akal waras aku mula bergabung tenaga menyoal yang macam2 pada aku tentang apa yang aku pelajari hari ini. Sebagai orang yang dah masuk alam dewasa, harus ku jawab dengan penuh rasa bertanggungjawab dan berlandaskan kewarasan. Walau soalan nya datang dari aku sendiri.
Akhirnya, lepas ligat otak kecil aku ni berpusing, aku akhirnya tahu apa pengajaran hari ini iaitu:
'Hidup sebagai orang dewasa adalah segalanya tentang membuat keputusan'
Memang kalau ku undur kembali masa, segala-gala yang aku buat pada hari itu semuanya atas keputusan yang aku buat. Tuhan dah bagi pilihan tapi kita yang akan memilih yang mana terbaik untuk diri kita sendiri. Itu sudah semamangnya fitrah manusia yang mahukan terbaik untuk diri sendiri.
Tuntasnya, hari yang ku anggap bersejarah ini memang benar-benar bersejarah bagi aku kerna buat pertama kalinya aku cuba menyingkap sendiri fitrah kejadian aku yang selama ini sesat,hilang tanpa arah tuju. Walau ada alat navigasinya(Al-Quran) tapi bagai tak di guna sepenuhnya. Sebagai pengajaran yang selanjutnya, seharusnya aku memuhasabah diri setiap hari agar aku tak akan pernah terlepas dari mempelajari nilai dan pengajaran yang sebenarnya datang dari aku sendiri.
Mungkin sekarang aku boleh katakan yang aku dah bersedia untuk melangkah ke alam dewasa.
thanks to Ika,Dyra n fara
No comments:
Post a Comment