Friday, October 8, 2010

Sahabat...Aku?

Aku ini manusia biasa
Lelaki yang tiada apa
Yang jasadnya milik Tuhan
Yang nyawanya milik Tuhan

Aku tiada kuasa seperti kamu
Tiada upaya umpama kamu
Yang bisa menangis
Yang bisa kecewa
Yang bisa jatuh
mahu tersungkur

Jadi kau boleh ganyang aku
Henyak hempuk aku hingga lunyai
Bawalah kroni mu itu
Perlakukan aku begitu

Sukar aku membenci mu
kerna hakikatnya
kau sahabat dunia akhiratku
Tanpa rasa simpati
Kau buat aku macam ni

Aku lihat kau
Depan kroni kau
Bukan main lagak berkuasa
Tinggal sudah sahabat-sahabat rahsia kotor kau di belakang
Sedang kami turut patuh pinta kau

Kami hormat kau
Kerna punyai itu kuasa
Tak mampu nak patah
Tak mampu nak redah
Tak mampu nak pecah

Jadi ku putuskan
Kau dengan kutu-kutu kau itu
Aku dah lengas dengan kamu semua
Aku dah rimas dengar keluh kalian

Kalau tak senang kelemahan ku ini
Jangan dipinta apa dari ku
Kalau kau senang diri kau mampu
Jangan dipinta aku lakukan
Laksana sendiri seperti apa mahu mu

Aku mahu undur diri
Dari kalangan manusia bertalam muka-muka ini
Aku tak mahu ditambah dosa
Kerna menanggung amarah atasnya kamu

Tapi aku mahu kau tahu
ingat
kenang
simpan dalam hati
Yang aku ini sahabatmu, setia menunggu kepulangan mu, diri yang seperti dulu.

Maafla kalau entri2 ana banyak yang berbaur kechewa,pasif,negatif. Sebab ini yang selama terperuk dalam jasad ini. Nanti bila dah habis semua keluar, keluar lah nanti yang gembira ceria itu. Maaf sejuta kali.

No comments:

Post a Comment