10 Zulhijjah 1431.
Betul. Aku tak salah zaman. Terkebil2 mata pagi tadi sebab jarum jam tunjuk pukul 5.22 pagi. Dengar betul2 takbir tak gema lagi. Sangka ku masih awal. Pagi ini luar biasa. Semua rumah gelap2. Macam aku yang bangkit paling awal. Apa mereka lupa hari ini istimewa? atau aku yang salah tengok masa. Tengok kalender dah betul. Tiada salahnya. Bingung. Sebab belum pernah sambut raya seorang macam ini. Biarlah taknak sambut, aku boleh sambut sorang2.
Lokasi: masjid.
Ramai orang tua bertakbir. Mana orang muda? Owh, di belakang. Sambung tidur. Panorama tipikal. Mana2 pun sama. Aku cuba bayangkan kalau yang tua2 di depan ini satu2 hilang Zulhijjah/Syawal yang mendatang ini. Sangka ku, pastinya mereka belum cukup gagah seperti si tua untuk bertakbir di depan. Apa perlu gagah untuk ke depan?
1jam bertakbir dah cukup untuk meruntun hati aku. Tak tahu nak buat apa. Paling2 tidak hantar sms pada adik2, ingatkan pergi masjid. Satu pun tak berbalas. Sangka ku, mungkin tiada kredit. Jemaah makin padat. Bersemangat tak mahu lepas peluang yang datang sekali sekala. Sampai akhirnya sambung di luar, bertanah merah, beralas akhbar. Syukur tak hujan. Panas terik apalah sangat. Boleh bertahan sangka ku. Mereka bukan kaum kerabat puteri lilin.
Usai solat, khutbah menyusul. Yang paling semberono pernah aku saksi. Khatib separuh abad, berjambang putih, dengan pakaian serba putih, berdiri hadapan aku. Suaranya lantang walau kedengaran ketar tuanya ada, tapi cukup untuk buat jemaah dalam rumah Allah itu, duduk memaku punggung, memasang telinga. Aksinya bukan seperti khatib2 lain yang biasa aku lihat.
Ceritanya menarik. Pada2 waktu begini aku dah jangka apa mahu dikhabarkan. Pastinya tentang pengorbanan yang jadi temanya hari ini. Mustahil mahu pula dicerita tentang Zaid Ibrahim yang mahu keluar partinya.
*keluar tajuk*
Mula dari zaman Nabi Adam sehingga Nabi Ibrahim, semuanya buat aku tersedar betapa besar pengorbanan insan dahulu. Kalau dibanding dunia kini dangan dahulu, aku sangka, belum cukup pengorbanan insan kini untuk setanding dengan insan terdahulu. Tak usah lihat jauh, aku sendiri boleh jadi sasar misalnya. Berapa banyak pengorbanan yang aku pernah buat. Kalau di banding dengan sucinya korban Habil, teguhnya korban Ibrahim, jauhnya lebih antara langit dan bumi. Antara mampu atau tidak untuk aku setanding dengan mereka, itu aku pun kurang pasti. Aku terlalu hina, sangka ku, untuk korban ku diterima. Tidak seperti mereka yang suci sifatnya untuk diterima korban mereka. Tapi sangka ku disangkal oleh hujah sang khatib tadi yang katanya :
" korban seseorang itu bukanlah dilihat pada hasil pengorbanan yang dilakukan, akan tetapi dilihat dari sudut ikhlas hatinya dalam menjalankan korbannya"
Dan kerana itulah hasil korbanya Habil diterima Allah, atas ikhlasnya hati beliau ketika mempersembahkannya. Dan kerana itu jualah Ismail yang mahu dikorban ayahnya, ditukar dengan kibas atas ikhlasnya Ibrahim dalam menjalankan perintah Allah.
Maka, aku sedar. Selama ini apa yang ku lakukan serba kurangnya. Ada lemahnya. Mungkin kurang Ikhlasnya, sangka ku.
Jadi untuk berkorban bukanlah dengan hanya melakukannya untuk jadi tatapan manusia, dengan harapan mereka akan iktiraf sebagai pengorbanan. Pucuk pangkalnya harus disulam dengan ikhlas yang tiada banding taranya.
Semoga kalian bertemu dengan ikhlasnya Ikhlas.
No comments:
Post a Comment