Tuesday, June 7, 2011

Malam Mata Sukar Pejam

aku makin malas menulis.
mungkin sebab bukan ini minat aku.
tapi dalam malasmalas itu, aku kadang2nya ada yang dimahukan bicara.

ilham untuk menulis tak datang selalu-selalu
tak kenal masa,tak kenal tempat.
contohnya sekarang ini.

seperti nasib aku.
kadang2 baik.kadang2 mencabar.

jiran2 bilang:aku beruntung ada hidup yang serba ada.
aku bilang:aku tiada serba semua.tak cukup.

rumah-ada
kereta-ada
pakai-ada
makan-ada.lebih.
senang cerita ayah bagi cukup nafkah.

semenjak ini.
aku perhati diri sendiri.apa yang aku mahu sebenarnya?
diselakkan setiap senarai kehendak,kalau2 ada yang tak dipenuhi.
mencari kalau ada lompong2 yang belum ditampalkan.

penghujungnya.aku dapat.aku jumpa.aku temui.
aku mahu aku.mana aku?mana peribadi aku?mana identiti aku?
selama ini aku hidup dengan dibayangi orang lain.
jadi aku mahu keluar dari situ.mahu ada bayang2 sendiri.
bayang2 dari bias lampu sendiri.
biar orang nampak aku.aku yang aku.

proses untuk aku temui diri sendiri bukan mudah.sedangkan mencari orang yang hilang pun susah,inikan pula diri sendiri.

jadi langkah satu aku bermula di sini.

Langkah satu:tinggalkan semua tabiat buruk....

Friday, May 6, 2011

Cerita yang tak Tersampaikan.

dalam dunia ini tiada yang sempurna untuk kita jadikan sebagai kebanggaan.
namun yang banyak kekurangan itulah sentiasa berkekalan.

get it?

aku sendiri semberono menulis ayat2 di atas tu.
yang aku maksudkan. kita sentiasa mahukan hidup kita jadinya yang terbaik seperti cerita2 dongeng alam fantasi zaman kanak2 kita dahulu. tapi yang pasti, semua itu nampak sempurna sedangkan susah untuk kita simpan kekalkan. sebabnya, sudah terang2 di situ 'cerita2 dongeng alam FANTASI'. jadi semuanya bukan realiti.

yang kita mampu adalah semuanya yang kurang sempurna. namun, bukan Tuhan beri kita semua itu untuk disesalkan tapi untuk diselesaikan. kita ada akal untuk jadikan yang kurang sempurna itu ada penambahbaikan. jadi, jangan disesalkan ketidak sempurnaan itu.

fuhh...*sebak*

cuba nyatakan dalam hidup kita ini, apa yang betul2 sempurna. kau mahu belajar jauh2 di negara orang, tapi kau harus tinggalkan keluarga dan rakan2. sedang dalam fantasi kau, semua sentiasa di samping kau walau apa jua yang berlaku.

Fantasi...
Bukan realiti...

contoh itu mungkin tak kuat untuk mengukuhkan hujah aku. tapi kau boleh fikir sendiri apa contoh2 yang bersaling kaitan.

sebenarnya, apa yang aku nak cuba sampaikan adalah tentang ketidak sempurnaan hidup itulah yang sentiasa jadi barang kenang2an. kenapa barang kenang2an?
seperti yang aku contohkan tadi. kau mahu belajar jauh2 di negara orang, tapi kau harus tinggalkan keluarga dan rakan2. sedar atau tidak, apa yang berlaku sepanjang ketidak sempurnaan itu akan kau kenang sampai bila.

susah,senang,suka,duka,sendiri,beramai,lapar,kenyang,kuat,lemah,jumpa,pisah, semua kita hadapi tanpa sedar dan akan jadi cerita2 memori bila sampai masa kita terkenang. dan yang paling berharga, kau akan jadi lebih kuat.

haish.
masih tak sampai sasaran.
aku pun tak tahu nak explain macam mana.

senang cerita. apa yang berlaku dalam hidup kau anggap ia sebagai sudah cukup sempurna walau hakikatnya banyak kekurangan. jadikan yang kurang itu sebagai batu pengukur untuk kau mencari alatan2 dan keperluan2 untuk penambahbaikan. jadikan ia sebagai kenangan yang kau tak akan lupa.

maaflah kalau tak faham. tapi harap2 ada yang sampai.

p/s: if you fell wanna cry, then let it be. it heals.

Sunday, May 1, 2011

Ini Bukan Aku.

Dari utara membawa ke selatan,
sumpah aku katakan aku rindu.

Dari langit membawa ke bumi,
aku dah tak seperti dulu.

Dari puncak membawa ke lantai,
hati dah dirosakkan.

dah hilang semua yang dulu pernah aku miliki.
yang ketika itu aku rasa tenang.
mana yang silap?
mana yang hilang?

jadi boleh dikatakan aku rindu.
kebelakangan ini,
aku sering dikilas bayang cerita lama
yang buat aku teringat dia,
yang buat aku menyebut mereka,
yang buat aku nyanyikan
lagu2 dulu yang pernah bergetar dalam dada.

usia aku semakin buas.
bawa aku lari dari kebiasaan.
jadikan aku tegar.
tapi jauh dari yang sepatutnya.

tangan aku dah tak berpaut pada pohon2.
kini ranting2 jadi pautan.
tak kuat.
bila2 masa boleh hanyut.

semakin hari, putus satu hayat.

Friday, April 1, 2011

Kau tahu,

yang aku ini mungkin nampak tenang,
tapi dalamnya aku ini bergelimpang.
pagi hari berwajah ceria,
malam gelita sepahit peria.
mungkin itu kau tak tahu.

kau tahu,
dalam hujan begini
mahu saja aku berlari
biar diri dibasahi
nyahkan dosa yang melekat pada diri.
mungkin itu kau tak tahu.

kau tahu,
dalam kau memuji aku
aku tahu aku tak sehebat itu
yang tak layak dapat sorakkan bertalu-talu
yang hanya patut duduk di sebalik pintu.
mungkin itu kau tak tahu.

kau tak tahu.
aku saja yang tahu.
aku saja yang memaling muka
kerna malu cela yang tak kelihatan.
cela itu pun kau tidak tahu.
ya, mungkin itu pun kau tidak tahu.


kenyataan bahawa adanya perkara yang tak diketahui tentang aku. rasa bersalah kerna kau tak tahu.

Tuesday, March 1, 2011

Tentang Kesabaran.

Lama benar aku tak aktif menaip sejak tahun baru. mungkin sebab tahun baru ini masanya sangat singkat untuk aku merapu lebih-lebih dalam blog ni. tau2 dah bulan 3. diam2 aku ada ceritera disebalik hilang-senyapnya aku selama ini. aku belajar tentang satu perkara iaitu; SABAR.

akhir2 ni aku sangat2 diuji dengan macam2 dugaan. dugaan yang aku sendiri tak pernah terduga akan berlaku pada aku dalam usia yang meningkat bangka ni. ditambah pula dengan beban tanggubgjawab yang semakin besar ditimpa atas bahu aku. sumpah, aku akui yang aku tak segagah Rasulullah yang bebannya aku yakin jauh lebih berat berbnding aku. kerja2 memimpin manusia ini bukan perkara mudah dan tak boleh dibuat main. kalau diri sendiri tak terpimpin, tak usah mimpi nak memimpin yang lain. itu yang aku dapat aku gambarkan situasi aku sekarang ini.

bercakap tentang manusia ini, itulah makhluk Tuhan paling sukar untuk kita kawal. di situlah bermulanya kesabaran kita diuji. manusia ini memang lumrahnya suka membanding-banding. sebab akal yang dikurnia memang fitrahnya untuk menentukan mana yang baik, mana yang buruk. tapi lain manusia lain interpritasinya. bila sudah berlainan maka banyaklah bantahnya, banyaklah dalihnya.

walau bagaimanapun, secara umumnya itu lebih mudah dikawal kerna golongan manusia yang sebegitu hanya kelompok kecil dalam kelompok besar manusia yang perlu dikawal. bagaimana pula dengan yang lebih khusus, atau lebih mudah keluarga atau kawan, atau lebih spesifik lagi yang kita sayang. itu bagi aku lebih mencabar kesabaran. bak kata emak; dimarah tak sayang, tak marah melayang.

insan2 yang kita sayang lebih ini la sebenarnya lebih menguji kita dari segi tahap kesabaran. kadang2 tu tak sampai hati mahu dimarah sebab tak sampai hati. tapi bila tak marah makin menjadi-jadi. apakan daya, yang tak puas dihati simpanlah jadi jeruk dalam hati. itulah SABAR. tapi ingat, jeruk kalau disimpan lama2 boleh jadi busuk. sabar kalau dipendam boleh jadi buruk.

aku ini orangnya tersusun. tersusun dari segi jadual hariannya. bukan aku 'takde life' tapi aku cuma perlukan sedikit kawalan aktiviti harian supaya aku tak mudah lupa apa yang perlu dibuat. jadi bila sesuatu yang disusun itu digembur2kan, aku jadi tak keruan. aku jadi hilang sabar. tapi *berhenti* sabar aku benar2 diuji jika yang 'menggemburkan' itu adalah kawan sendiri. sampai satu tahap, bila kesabaran itu membatasi iman, boleh jadi putus sudah kasih sayang. tapi kita tak mahu itu.

SABAR ini kita perlu kawal. tapi perlu diingatkan yang kita patut letak di mana tahap kesabaran kita. harap2nya samalah dengan Rasulullah. bak kata sahabat aku ni; setiap perkara itu ada banyak cabang penyelesaiannya. tak usah nak kalut gelabah tak ingat Tuhan kalau di'twist' sedikit jalan hidup kau. sabar. fikir. selesai. mudahkan. apa yang perlu sebenarnya adalah akal yang benar2 sihat dan hati yang benar2 bersih. pucuk pangkalnya berbaliklah kita pada yang satu iaitu Allah.

"terima kasih Allah kerana mendampingkan aku dengan insan2 yang sering mengajar aku tentang erti SABAR. kerna itu yang aku sangat perlukan di saat2 ini."


Thursday, February 17, 2011

Chantek

Allah itu cantik.
Allah suka pada kecantikan.
Semua ciptaannya cantik.

Kita makhluk ciptaannya.
*senyum*

Alhamdulillah,
kita diciptakan secantik sunnah-Nya.

Subhanallah.


sedarlah bahawa kita ini sudah diciptakan secantik yang Allah telah takdirkan. janganlah sesekali mengubah yang telah cantik.

Friday, February 11, 2011

Perutusan Raja Sehari

Minggu lepas, dalam pada orang kampung aku berhempas pulas mengerah keringat, membanting tulang, mengemas teratak yang binasa dek bah yang kali ini datang lebih gah, Allah yang maha besar itu masih mahu menunjukkan bahawa jodoh pertemuan itu adalah ketentuan-Nya. Buktinya, sedang Dia turunkan ujian pada umatnya, terselit kasih dan ikhsan-Nya dengan menemukan hamba-hambanya dengan ikatan yang suci iaitu perkahwinan

Tanggal tarikh 3 Januari 2011, menjadi titik bersejarah buat sahabat seperjuangan aku zaman gelak-sakan-tonggang-tonggek dulu2. Beliau yang bernama Nur Afiqah binti Naim telah di satukan bersama Mohd.Ikhsan dalam majlis yang penuh serba sederhana.


bersama sahabat-sahabat yang lain.

Alhamdulillah.

kemudian, pada keesokkan harinya, menjadi detik bersejarah bagi sepupuku sendiri iaitu Saharuddin bin Abd Hadi bersama permaisuri pilihan hatinya, Neezan Rastinee di Melaka juga dengan suasana yang serba sederhana.

Neezan Rastinee

Saharuddin Abd.Hadi

Alhamdulillah.

sememangnya tugas mendirikan rumahtangga ini adalah sangat dituntut dalam Islam. namun bukan semua orang berjaya mengekalkannya sehingga hujung nyawa. maka, perkahwinan ini adalah satu tanggungjawab yang berat tapi dalam masa yang sama satu perkara yang amat manis. semoga mereka semua dicucuri rahmat serta berkekalan sehingga akhir hayat. Amin.